Selasa, 29 Januari 2013

MASA..

Assalamualaikum smua.. Lama jugalahkan aku tak update blog ni.. Rasanya kalo boleh bersawang memang dah bersawang dah pun.. Kenapa dah lama tak update blog? Dulu blog ni aku guna sebagai medium untuk aku meluahkan perasaan aku dan cerita apa jer perkara yg berlaku yang aku rasa aku boleh share.. Dan juga blog ni aku gunakan sebagai salah satu cara untuk aku bagi hint pada orang yang aku suka.. Itu dululah.. Betullah kata orang, masa baru semua rasa indah belaka.. Bila aku dah rasa aku yg terhegeh-hegeh lebih, pada waktu itulah baru aku sedar aku tak bolehkan nak terlalu mengharap pada orang yang langsung aku tak tahu apa yang dia rasa pada aku.. Masa yang aku bagi lama.. Aku sendiri bertahan lama.. Hello aku tak pernah tunggu orang sampai setahun.. Tapi dengan dia aku tunggu.. Memang amazing giler la kan.. Nak dijadikan ceritakan aku masih tak dapat lagi jawapan yang sangat-sangat pasti dari dia dan aku sendiri undur diri.. Bak kata ibu aku "ada jodoh tak ke mana. mungkin dia nak orang yang sama nasab dengan dia. redha dan jangan sedih". Giler la kalau aku tak sedih.. Dengar ayat yang keluar dari mulut ibu aku tu terus mencurah-curah air mata aku ni.. Aku bukan sedih sebab aku tak dapat dia, tapi aku sedih sebab aku tak kuat hadapi dugaan. Aku sedih sebab aku tak mampu tunggu dia lagi.. Aku sedih sebab hati aku sakit.. Aku lagi sedih bila aku tak mampu nak buat macam tak ada apa-apa yang jadi. Sampai ada 1 pagi tu aku dapat panggilan dari dia.. Letak jer telefon terus meleleh air mata.. Sorrylah aku ni memang kuat nangis. Ikut ibu aku la.. Serius sedih dengar suara dia. Even masa cakap dengan dia pun aku tak mampu nak cakap sebernanye. Tapi kuatkan hati dan cakap juga.. Aku masih perlukan waktu untuk stabilkan semula perasaan aku.. Betul aku redha seandainya dia bukan untuk aku.. Dan aku harap dia akan bertemu dengan orang yang mampu beri kebahagiaan pada dia.. Aku tak harap apa-apa dan aku hanya menurut apa jer yang akan terjadi.. Tak ada dah nak planning-planning.. Pesanan dari penaja jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang belum tentu jadi hak kita. Kelak kita sendiri terluka..

Isnin, 26 November 2012

MENGALAH BUKAN MENYERAH

Assalamualaikum readers..
Lama juga aku tak menulis blog ni kan?? Sibuk dan tiada topik untuk di ceritakan..
Even ada cerita pun aku terasa sangat malas untuk menaip diruangan putih ini..
Semangat untuk menulis tu semakin pudar.. huhu.. Takde lah.. Lawak jer..
Well aku sekarang ni tengah ada krisis keluarga.. So emosi tu selalu bertukar-tukar..
Kadang-kadang benda yang kecik pun boleh wat aku jadi touching giler..
Ada certain part aku rase jiwa dan perasaan aku tak kuat untuk hadapi dugaan yang datang..
Part yang aku paling tak kuat bila aku sendiri lepaskan orang yang aku tunggu selama hampir setahun..
26 Disember 2012 cukup la setahun.. Tapi tak sempat pun nak rasa setahun tu..
Sebab apa?? Sebab aku sendiri mengalah dengan keadaan.. Aku tak harap pun dia sentiasa ada depan mata aku.. Dalam erti kata lain kalau dia dapat tunjuk yang dia appreciate kehadiran aku pun cukuplah..
Aku pun tak kisah kalau tak msg selalu.. Tapi sekurang-kurangnye inform la kat aku waktu nak balik..
Ni aku dapat tau bukan dari dia sendiri.. Rasa macam tak penting langsung aku ni..
Ok fine aku wat jer keputusan yang mengatakan aku mengalah.. Satu jer benda yang wat aku bertahan tunggu dia hanya mimpi.. Kenapa aku cakap mimpi?? Kita bila dah sayang seseorang mesti semua benda yang kita wat mesti ingat dia kan?? Setiap doa aku tak pernah putus untuk doakan dia sama.. Kalau aku susah hati mengenai kitorg, than aku akan dapat mimpi.. Memang orang kata mimpi tu mainan tidur.. Tapi mimpi aku ni bukan sebarang mainan tidur untuk aku.. Mungkin lebih kepada pertunjuk.. Mimpi yang terbaru ni, aku mimpi yang aku dengan dia dah bertunang.. Dalam mimpi tu memang aku siap pakai cincin lah.. Situasi mimpi tu ialah, dia dah nak balik belajar than dalam mimpi tu aku rasa macam dia tak ada hati pun kat aku kan.. So masa dia nak berangkat tu aku siap cakap dan siap tanggalkan cincin tu bagi kat dia.. aku kata bagilah cincin ni kat orang yang akan dia jumpa kat sana nanti.. Lepas tu dia cakap bukan itu yang dia nak.. Dia siap sarungkan balik cincin tu dan cakap simpan cincin tu dan tunggu sampai dia balik.. Korang rasa macam mana kalau situasi yang aku hadapi ni jadi kat korang? Sebelum ni pun aku dapat mimpi dan kebanyakkan mimpi aku tu jadi betul.. So kat sini aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa bila aku kata kat dia yang aku mengalah.. Serius aku menangis da dua malam.. Hati sakit bila kita wat benda yang kita tak nak wat.. Siapa yang nak wat bila da lama tunggu.. Separuh hati tu da bagi kat dia.. Dah bagi ok.. Tak tau la dia terima ke tak.. Huhuhu.. Aku mengalah sebab aku rasa mungkin diri aku tak cukup baik untuk dia lagi.. Aku mengalah sebab aku nak bagi ruang untuk diri masing-masing selesaikah hal yang lebih penting.. Aku mengalah bukan bermakna aku menyerah kalah.. Tak.. Tapi aku rasa lebih kepada nak menjaga perasaan masing-masing.. Korang sedia maklumkan kitorang ni still belajar lagi.. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.. Kita merancang tapi Allah menentukan segalanya.. Kalau kita rancang bagai nak rak pun tapi kalau memang sudah tertulis bukan jodoh kita takkan jadi juga kan.. Yang penting usaha telah dilakukan.. Doa pun tidak putus-putus.. Tinggal berserah pada ketentuan Ilahi.. Awak kalau hati awak sakit sebab saya, saya minta maaf.. Bukan niat untuk suka-suka nak sakitkan hati awak.. Hati saya pun sakit juga.. Awak kat sana jaga diri elok-elok, study rajin-rajin, yang paling penting kalau awak jumpa orang yang lebih baik dari saya jangan lupa bagitahu tau.. In shaa Allah saya boleh terima.. Kepada readers kalau korang kecewa sebab putus cintakan, korang boleh nangis tapi jangan lupa untuk memohon kepada-Nya agar memberi keceriaan dalam hidup korang balik.. Mengadu pada-Nya.. Sesungguhnya dia lebih mengetahui segala-galanye.. Dan Dia tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.. Yang baik itu datang dari-Nya, yang buruk itu datang atas ketidak sempurnaan kita sendiri..

P/s: Ya Allah rindunya dekat dia.. peliharalah perasaan ini Ya Allah.. Seandainya dia untukku, kau berilah dia merasa apa yang aku rasa sekarang.. amin..

Selasa, 19 Jun 2012

Musim Hujan

Assalamualaikum kpd follower aq..
Dah lme xupdate blog ni sbb mls nk menaip..
N sbb ada cter tp ase mcm da xberbaloi kot kalau taip..
Biarlah certain citer aq simpan sorg xpun ckup sekadar berciter dgn kwn2 yg rapat..
Msti korg pelikkn knp tajuk entry musim hujan? Skrg ni memg bkn musim ujan.. Tp da jd musim jerebu da..
Musim ujan tu utk dri aq jer.. Mne taknye byk mslh.. Kadg2 ase dri ni xkuat utk hadapi smua ni.. 
Bila xkuat, aq mula la mengalirkn air mata.. Sampaikan mata ni bengkak..Sepet mcm ank cina.. 
Org tgk pun pelik.. Xde apa yg pelik pun.. Korg kalo nangis lme2 pun msti mata tu bengkak..
Apa mslhnye?? Isu kpd mslh aq ni biarlah aq jer dgn beberapa lg hamba Allah yg tahu..
Tp pergolakkan yg berlaku kali ni amat besar.. Hinggakan menimbulkan perasaan yg xsepatutnye dlm dri ini..
Kekuatan yg ada dlm dri ini dtg dr org2 lain.. Even org xprnh bg semangat pun anggap jer dia sbg pmbakar smgt.. Allah mengetahui segala yg berlaku.. Kuatkn dri ini utk mghadapi dugaan yg Kau beri..



Khamis, 31 Mei 2012

FIRST TIME...

Assalamualaikum.. Dah lme aq xupdate blog ni kan.. Ibarat umah kalo xkemas dah penuh sawang da..
hehe.. (pemalas btl ank dara ni).. Msti korg tertny-tny kn kenapa tajuk entry kali ni first time?

Tanggal 28 Mei 2012..
Aq tgh dok tidorkn MOHAMMAD ZAHIN ISKANDAR dalam buai ni..
Khusyuk ni dok nyanyikn untuk dia.. Tiba-tiba fon aq berdering.. (vibrate jer)
Mula-mula aq xnk angkat sbb tls kat situ PRIVATE NUMBER..
Tp aq tgk lg skali dr sim 1.. Tertny-tny gak sape la yg call no clcom aq ni kn..
So aq angkt je la.. Dgr2 suara lelaki la.. Jeng jeng jeng jeng.. (dramatis ckit)
Dia tny aq ni sape.. Dlm hti aq org ni btl ke x?? Dia yg call dia tny aq ni sape..
Kalo call msti la dia tau aq ni sape kn?? Mula2 nk mrh gak.. Tp aq cool dlu..
Nk di pendekkn citer (bz, ada customer).. Org jauh tu tepon.. Yuhuuu..
Ase nk melompat mse tu.. Nsb baik aq tgh tdo kn bby zahin..
Kalo x, da lme aq lompat.. (xbleh lompat sbb umah flat)..
Setelah hampir setahun kwn dgn dia, wktu tu la first time aq dgr suara dia..
Dpt sembg dgn dia.. Even bahasa lepas je kn.. Xkisah pun..
Xsgka dia nk tepon aq.. Aq tny dia shat x? Dia jwb xshat..
Aq tny npe xshat?? Dia jwb kalo shat xde la tepon..
Drpd firasat aq la kn, mksud dia tu rindu.. btl ke??
Tuan punya dri kalo btl sila LIKE status sy dkt fb..
Status yg tls 'rindu kamooo.. kamooo???'..
Kalo btl la firasat n tekaan sy..
Ok la need to go now..
Jumpa lg nnti..

Aq buh skali gmbr bby zahin utk tontonan korg semua ok..

comel x sy?? hehehe..

Isnin, 23 April 2012

hote

Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu.
Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya.
Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.. ♥
Bukan menghanyutkan (◠‿◠)

Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. InsyaALLAH :)

Ahad, 22 April 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



(sesuai sblm aq gtau dia tntg perasaan aq)

HZ COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

Sweetnyer..

Assalamualaikum.. Hehe.. Update lg..
Biasa la kalo da terrajin byk la nk taipnyer.. Apa yg sweetnyer?? Dia kat sne tu yg sweet..
Sape ek?? Org yg aq syg la.. Dia ada inbox aq kat FB.. Nk tau dia msg apa??
Ini msg dia "please forgive me for neglecting you for this month and the next month."
Aq mcm ase ayt dia tu sweet sgt.. Bleh dia ingt dia abaikn aq..
Kalo dia xmsg aq pun, aq just pk 1 jer.. Dia kat sne msti sbuk stdy n xde mse nk msg..
So aq kat sni cuma mmpu berdoa utk dia kat sne.. Aq xpernah plak anggap dia abaikn aq..
Cuma ase mcm goyah dgn apa yg dia ase tu ada la.. Sbb aq xtau apa ada dlm hti dia..
Dia memg tau apa yg aq ase utk dia sbb aq ckp.. Aq berterus terg..
Actually aq bkn yg jns berterus-terang kalo bab perasaan..
Kali ni aq berterus-terg sbb aq xnk terlps peluang yg tepat..
Thats why aq gtau dia apa yg aq ase.. Kwn aq pun ckp dia biasa2 jer org nyer..
N tny aq mcm mne aq bleh suka n syg kat dia..
Well jwpn tu wat mse skrg hny aq n Allah jer yg tahu..
Dia tau ke x, aq pun xpsti.. Xingt la aq ada gtau kat dia ke xsbb apa aq syg dia..
Bleh di katakn setiap mse ingt dia.. Tmbh2 kje ni xde mmber kn..
Lg la seng nk teringt kat dia..
Aq cuma harap apa yg dia ase utk aq tu sme la mcm yg aq ase utk dia..
Walaupun cuma sekelumit ase itu dlm hti dia..
Itu pun da ckup wat aq tersenyum..
Awk kat sne jga dri elok2.. Stdy elok2..
Mkn jgn lupa tau tkut nnti perut msuk angin..
Sy doakn yg terbaik utk awk kat sne n pulg ke tanah air dgn selamat..
Sy akn tggu awk..