Isnin, 26 November 2012

MENGALAH BUKAN MENYERAH

Assalamualaikum readers..
Lama juga aku tak menulis blog ni kan?? Sibuk dan tiada topik untuk di ceritakan..
Even ada cerita pun aku terasa sangat malas untuk menaip diruangan putih ini..
Semangat untuk menulis tu semakin pudar.. huhu.. Takde lah.. Lawak jer..
Well aku sekarang ni tengah ada krisis keluarga.. So emosi tu selalu bertukar-tukar..
Kadang-kadang benda yang kecik pun boleh wat aku jadi touching giler..
Ada certain part aku rase jiwa dan perasaan aku tak kuat untuk hadapi dugaan yang datang..
Part yang aku paling tak kuat bila aku sendiri lepaskan orang yang aku tunggu selama hampir setahun..
26 Disember 2012 cukup la setahun.. Tapi tak sempat pun nak rasa setahun tu..
Sebab apa?? Sebab aku sendiri mengalah dengan keadaan.. Aku tak harap pun dia sentiasa ada depan mata aku.. Dalam erti kata lain kalau dia dapat tunjuk yang dia appreciate kehadiran aku pun cukuplah..
Aku pun tak kisah kalau tak msg selalu.. Tapi sekurang-kurangnye inform la kat aku waktu nak balik..
Ni aku dapat tau bukan dari dia sendiri.. Rasa macam tak penting langsung aku ni..
Ok fine aku wat jer keputusan yang mengatakan aku mengalah.. Satu jer benda yang wat aku bertahan tunggu dia hanya mimpi.. Kenapa aku cakap mimpi?? Kita bila dah sayang seseorang mesti semua benda yang kita wat mesti ingat dia kan?? Setiap doa aku tak pernah putus untuk doakan dia sama.. Kalau aku susah hati mengenai kitorg, than aku akan dapat mimpi.. Memang orang kata mimpi tu mainan tidur.. Tapi mimpi aku ni bukan sebarang mainan tidur untuk aku.. Mungkin lebih kepada pertunjuk.. Mimpi yang terbaru ni, aku mimpi yang aku dengan dia dah bertunang.. Dalam mimpi tu memang aku siap pakai cincin lah.. Situasi mimpi tu ialah, dia dah nak balik belajar than dalam mimpi tu aku rasa macam dia tak ada hati pun kat aku kan.. So masa dia nak berangkat tu aku siap cakap dan siap tanggalkan cincin tu bagi kat dia.. aku kata bagilah cincin ni kat orang yang akan dia jumpa kat sana nanti.. Lepas tu dia cakap bukan itu yang dia nak.. Dia siap sarungkan balik cincin tu dan cakap simpan cincin tu dan tunggu sampai dia balik.. Korang rasa macam mana kalau situasi yang aku hadapi ni jadi kat korang? Sebelum ni pun aku dapat mimpi dan kebanyakkan mimpi aku tu jadi betul.. So kat sini aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa bila aku kata kat dia yang aku mengalah.. Serius aku menangis da dua malam.. Hati sakit bila kita wat benda yang kita tak nak wat.. Siapa yang nak wat bila da lama tunggu.. Separuh hati tu da bagi kat dia.. Dah bagi ok.. Tak tau la dia terima ke tak.. Huhuhu.. Aku mengalah sebab aku rasa mungkin diri aku tak cukup baik untuk dia lagi.. Aku mengalah sebab aku nak bagi ruang untuk diri masing-masing selesaikah hal yang lebih penting.. Aku mengalah bukan bermakna aku menyerah kalah.. Tak.. Tapi aku rasa lebih kepada nak menjaga perasaan masing-masing.. Korang sedia maklumkan kitorang ni still belajar lagi.. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.. Kita merancang tapi Allah menentukan segalanya.. Kalau kita rancang bagai nak rak pun tapi kalau memang sudah tertulis bukan jodoh kita takkan jadi juga kan.. Yang penting usaha telah dilakukan.. Doa pun tidak putus-putus.. Tinggal berserah pada ketentuan Ilahi.. Awak kalau hati awak sakit sebab saya, saya minta maaf.. Bukan niat untuk suka-suka nak sakitkan hati awak.. Hati saya pun sakit juga.. Awak kat sana jaga diri elok-elok, study rajin-rajin, yang paling penting kalau awak jumpa orang yang lebih baik dari saya jangan lupa bagitahu tau.. In shaa Allah saya boleh terima.. Kepada readers kalau korang kecewa sebab putus cintakan, korang boleh nangis tapi jangan lupa untuk memohon kepada-Nya agar memberi keceriaan dalam hidup korang balik.. Mengadu pada-Nya.. Sesungguhnya dia lebih mengetahui segala-galanye.. Dan Dia tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.. Yang baik itu datang dari-Nya, yang buruk itu datang atas ketidak sempurnaan kita sendiri..

P/s: Ya Allah rindunya dekat dia.. peliharalah perasaan ini Ya Allah.. Seandainya dia untukku, kau berilah dia merasa apa yang aku rasa sekarang.. amin..