Jumaat, 11 Februari 2011

Ceritera Cinta..

"Aisya, saya rasa kita tak boleh teruskan hubungan ini," kata lelaki itu membelakangkan Aisya.
Airmata mengalir laju tanpa disuruh. Aisya terus menerpanya.
"Tapi kenapa? Isya ada buat salah dekat awak ker?" katanya dalam sendu.
"Sebab saya dah tak cintakan awak lagi". Lelaki itu terus berlalu meninggalkan Aisya sendirian di tepi tasik itu. Aisya cuba mengejarnya tetapi tak terdaya apabila dia jatuh tersungkur. Dia menangis di situ seorang diri..


"Aisya, bangunlah! Kau mengingau apa ni? Sampai macam ni sekali?" tanya Husna, kawan serumah Aisya.
Aisya terpisat-pisat bangun dengan sisa airmata masih di pipinya. Dia merenung muka Husna.
"Hus, dia da pergi tinggalkan aku," Aisya menangis.
Husna yang melihat perubahan pada diri Aisya sejak seminggu yang lalu terus memeluknya, "Kau kene sabar. Ini semua dugaan. Kau kene kuat tau kalau tak nanti kau sakit lagi susah."
"Tapi kenapa dia tinggalkan aku setelah aku korbankan yang lain? Tak cukup ke dengan apa yang aku da buat selama ini?" Aisya berkata dalam esak tangis.
"Sabar Aisya. Mungkin bukan jodoh kau dengan dia. Dah sekarang kau tidur yer. Dah lewat ni," Husna memujuk Aisya.
Sedar-sedar hari sudah siang. Husna panik melihat jam menunjukkan pukul 8.00pagi.
Aisya masih lena dibuai mimpi.
"Aisya, bangun. Kita dah lewat dah ni. Alamatnya tak masuk kelaslah pagi ni," ujar Husna usai mandi.
Aisya masih kaku ditempat tidurnya. Husna menghampiri Aisya lalu digoncang tubuh Aisya.
Terkejut bukan kepalang apabila Husna merasa badan Aisya panas. Dia merasa dahi Aisya juga. Lagaknya sudah seperti seorang doktor melakukan check up kepada pesakitnya.
Husna bertambah panik melihat keadaan Aisya, jenuh dipanggil tapi tiada reaksi.


Apa aku nak buat ni. Kawan-kawan yang lain tak ada. Fikir Husna, fikir.. Abang Hakimi! Tapi Aisyakan tak nak tengok dah muka dia? Ala diakan pengsan manalah dia nampak. hehehe.


Laju sahaja tangan Husna mendail nombor telefon Hakimi.
"Assalamualaikum. Abang Mi ni Husna ni. Abang dekat mana ni? Hus nak minta tolang sangat-sangat ni," ujar Husna seperti kereta api tanpa break.
"Waalaikumsalam Hus. Mimpi apa ni telefon abang? Abang on the way ke office ni." balas Hakimi. Timbul rasa pelik dalam hatinya. Pagi-pagi dah telefon. Bukan dia tak tahu kejadian dua bulan lepas.
"Abang kene juga tolong Hus. Aisya pengsan ni. Badan dia panas. Tolong hantar ke klinik jer. Kawan-kawan yang lain semua dah pergi kelas," jawab Husna.
Berdabar jantung Hakimi mendengar nama Aisya. "Aisya pengsan?! Tak apa lagi sepuluh minit abang sampai," ujar Hakimi lalu terus memberi lampu isyarat ke kiri dan terus berpatah balik.


Sepuluh minit kemudian..
"Hus, buka pintu. Abang ni!"
Husna berlari anak menuju ke pintu lalu membukanya. Hakimi terus masuk ke rumah tanpa diundang.
"Aisya mana?" tanya Hakimi. Riak mukanya cukup menggambarkan kerisauannya.
Husna sudah tersedu-sedu menangis. "Dalam bilik."
Tanpa berfikir panjang Hakimi terus menuju ke bilik utama rumah itu. Dia menghampiri sekujur tubuh. Buat pertama kali dia menatap Aisya tanpa tudung litup. Dia terpana.
"Abang tengok apa lagi? Cepatlah angkat Aisya," Husna menyiku lengan Hakimi.
Hakimi tersedar dari lamunannya, terus mengendong Aisya masuk ke dalam kereta.


Di hospital, doktor mengesahkan Aisya terkena demam panas akibat terlalu tertekan dan antibody yang lemah. Doktor menahan Aisya di hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Di sisi katil Hakimi merenung wajah Aisya yang pucat. Matanya juga bengkak. Husna menghampirinya.
"Hus, dah telefon parents Aisya. Parents dia akan sampai petang ni. Abang Mi bolehlah masuk office dah," ujar Husna.
"Hrmm. Abang cutilah hari ni Hus. Abang nak jaga Aisya."
"Siapa yang buat Aisya sampai jadi macam ni?" tanya Hakimi dengan nada yang sayu.
"Ilham. Dia putuskan hubungan dengan Aisya sebab orang lain," jawab Husna.
"Ilham? Budak yang rebut Aisya dari abang?" tanya Hakimi lagi.
Belum sempat Husna berkata apa-apa Hakimi sudah menapak keluar dari wad dan terus menghilang.
Husna terpinga-pinga.


Gedebuk!
Ilham yang sedang duduk itu tersungkur ke lantai akibat tumbukan Hakimi.
"Jahanam kau Ilham! Kau janji dengan aku nak jaga Aisya tapi apa yang kau buat sekarang?" tanya Hakimi dengan nada yang tinggi.
Semua yang berada di gerai makan itu terkejut menyaksikan adegan itu.
Ilham bangun sambil memegang pipinya yang sakit itu dan berkata, "Abang sabar dulu. Am ada sebab kenapa Am tinggalkan Aisya."
"Huh! Sebab perempuan ni kan?" Hakimi menunjuk ke arah perempuan yang duduk semeja dengan Ilham.
"Wei perempuan, sanggup kau rampas pakwe kawan sendiri. Kau ni kawan makan kawan tau tak. Kalau Aisya tahu dia akan kecewa," ujar Hakimi.
Anniesya terpempan mendengar tuduhan Hakimi.
"Abang Mi semua ni tak macam yang abang sangka. Hus pun tak tau apa-apa," ujar Anniesya. Matanya sudah berair.
"Habis tu ni apa? Kau tau tak Aisya masuk wad hari ni? Ni semua sebab korang!"
"Abang semua ni salah faham. Am memang tak bermaksud nak lukakan Aisya," ujar Ilham tunduk..


Ada sebab kenapa aku tinggalkan dia. Bukan senang nak tinggalkan orang yang aku dah sayang. Bukan kehendak aku. Aku tak mahu dia lebih terluka sebab aku..




BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan