Sabtu, 17 September 2011

HARI TAK SELALU INDAH

Tika diri ini sedang diambang kebahagiaan tanpa diundang kesalahan lama menjengah kembali..
Bertapa lemah diriku tika ini.. Lemah dalam dalam berhadapan dengan masa lalu..
Kenapa ia menerpa kembali tika diri ini sedg berada dalam keadaan bersiap2 hadapi perang di dewan peperiksaan?? Bertapa banyak air mata yang tumpah hari ini kerananya.. Diriku tidak sekuat yang aku sangkakan.. Aku hanya mampu bersabar walaupun dalam sabar aku sudah hampir ke kemuncak ingin menggila.. Tika itu dan saat ini juga aku hanya mampu menadah tangan meminta pertolongan dari-Nya..
Jiwa ini masih tidak tenteram.. Sehingga gelak tawa ketika bersama sahabat hanya aku pamirkan untuk menutup resah gelisah di hati.. Hanya tuhan yang tahu bertapa hati ini gelisah sehinggakn air mata ini akan mengalir setiap kali mengadapNya.. Tiada tempat lain yang lebih membuatkan aku tenang selain mengadu domba kepadaNya yang Maha Mengetahui segala yang berada di muka bumi ini.. Kata2 semangat yang diberikan oleh saudara sedarah sedaging aku sambut dengan deraian air mata.. Dalam pada aku dan dia selalu bergaduh bila bersua muka tapi dialah satu2 nye adik aku yang paling memahami diri ku di saat aku rasa akan jatuh.. Sampai 1 masa aku sendiri terfikir untuk menamatkan sahaja nyawa ini.. Terasa diri ini tidak layak hidup dimuka bumi ini..


Ya Allah ampuni keterlanjuran aku memikirkan jalan singkat menyelesaikan masalah dengan menamatkan nyawa sendiri... Saat itu aku diluar kawalan.. Terasa tiada siapa yang dapat membantu aku.. Ampunkan aku Ya Allah.. Pandulah aku ke jalan yang lurus.. Jauhkan diri aku dari segala hasutan syaitan.. Amin..


Aku takkan pernah berfikir sedemikian selepas ini.. Aku tak boleh fikirkan diri sendiri.. Fikir untuk orang lain sama terutama famili.. Betulkan? Mungkin hari ini tuhan mendugaku untuk melihat ketabahan dalam diri ini.. Sesungguhnya aku masih belum kuat untuk menghadapi seorang diri.. Semoga diri ini tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang demi Ibu, Abah, Angah dan Tia.. Aku sayangkan mereka yang berada dalam hidup aku.. Tak terkecuali si dia yang berada jauh nun di sana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan