Khamis, 29 September 2011

MIMPI YANG SAMA

Assalamualaikum..
Dah lama kan aku tak update blog ni.. Maklumlah sibuk dengan study untuk final exam..
Aku nak citer benda ni dah lama tapi baru hari ni aku dapat buka blog aku ni..
Tak silap aku la kan aku mimpi benda ni 4 malam lepas.. Secara 2x berturut-turut..
Aku mimpi apa ek?? Mimpi tunang macam hari tu??
Eh tak ada maknanya nak mimpi tu lagi..
Mimpi macam tu datang sekali dalam seumur hidup jer tau..
Aku mimpi fasal dia.. Orang kata kalau kita mimpi orang tu maksudnye tak ada jodoh..
Betul ker?? Aku harap benda tu memang tak betul..
Aku mimpi dia bukannya mimpi face to face..
Tapi dalam mimpi tu aku dengan dia just chatting dalam YM..
Aku rasa mimpi macam tu sebab selalu YM jer dengan dia..
Sebelum tido tak ada pula ingat kat dia.. Macam pelik pulakan..
Orang selalu kata kita mimpi orang tu sebab fikirkan orang tu sebelum tido..
Tapi serius cakap memang sebelum tido tak fikir langsung fasal dia..
Tak kisah la kan mimpi fasal dia sebab syok dapat mimpi YM dengan dia..
Yela masing-masing sibuk.. YM dalam mimpi pun jadilah..
Tu takpe lagi la mimpi YM dengan dia..
Esok pagi tu aku bangun tengok henset naik nama dia..
Wah mula-mula aku rasa macam mimpi jer lagikan..
Tapi itu kenyataan.. Macam tau-tau jer aku mimpi dia..
Malam esoknye pun mimpi yang sama cuma intipati mimpi jer lain..
Maksud aku isi kandungan YM dalam mimpi jer tak sama..
Bila bangun pagi tu tengok henset ada 1 message..
Aku pun buka la kan.. Naik nama soul_**********9..
Lagi sekali jadi.. Memang 2 hari aku cubit pipi aku jer kan..
Nak pastikan aku tak mimpi lagi.. Reaksi aku dapat message dari dia??
Setiap kali dapat mesti excited terlebih..
Roomate aku dengan kawan aku Fayad tau la macam mana aku excited..
Ok lah tu jer untuk kali ini.. Nanti aku story mori lagi ok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan