Aku jumpa citer ini sewaktu aku mmbuka hard disk aku.. Permulaan yg sgt menarik perhatian aku.. Bce dan renung2 kn la..
"assalamualaikum, wlupn ksh ni sgt pnjg tp
bnyk msej yg blh kte dpt mlluiny...bersama2lh kte bermhsbah dri
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen , ceramah
bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada
Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia
bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini
pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk
kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh
sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti
Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk
dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku
– dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak
gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap
dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu
keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan
mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana
surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung
labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?”
Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta
abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm
refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu
macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu
isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih
tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah
panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana
tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu
Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan
orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di
matikan. ______________________________?___ Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari
isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau
buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu
hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai
buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa
itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara
lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap.
Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik
tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra.
Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah
mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia
pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak
tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak
reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut
juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan
tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu
di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari
dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk
dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
______________________________? _______ “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur
ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat
nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang
pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah
senyum. Dah ada perubahanlah abah ! ______________________________?___ “ustaz.”
Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz
itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman
ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian
berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu
menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya
keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si
Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada
nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
______________________________?____ Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu.
Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang
pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu
tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu
abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.
“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya
faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca
doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua
tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu
beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright,
next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun
keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan
Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah
ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang
tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di
dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas
itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk
bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung
Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap
ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi
Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri
Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan
cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh..
jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman
berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari
yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah
aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu
dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu
kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu
disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk
apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka
melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita
bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh
ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya
lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia
nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk
menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang
ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa
abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya
senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik.
Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai
buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir
Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa
tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada
Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku
itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang
jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
______________________________?___________________ Aiman sibuk membuat kerjanya
di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru,
banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah
dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.
Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan
masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia
lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan
tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking
Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah
dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari
pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?!
hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh
teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi
dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.
“bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat
macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana
dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.
Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk
Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang
iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!”
Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya
ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah
tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang
mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
_____________________________ “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat
sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik
kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap
Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak
boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau
pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh
je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata
membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah
keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik
kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah
di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya
cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya
izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya
keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati
abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah
senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya
nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir.
Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat
ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini,
click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI
IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz
nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid
ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai
buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari
dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan
syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
_________________________ Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek
yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
______________________________?______ “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.
Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya.
Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah
air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman
masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu
itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi
ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..”
sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada
conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” ______________________________?___ “saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang
suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk
apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya
lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman
mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi
untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia
rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,
dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas
setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari
langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar
pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di
restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut
tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni,
panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa
sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium
tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf
kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa
Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya
untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm,
nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya
nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang
belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang
awak juga.” _____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam
porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik
yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari
masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari
ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam
dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada
orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia.
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut
melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang
di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya,
umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden
yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden
di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love
letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca
ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah… ______________________________?__
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji
Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata
Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.”
Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman
ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian
sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur
Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti
di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak
Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut
melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang
iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak
doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di
selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil
itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba
di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit
Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar
Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran
mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah
jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa
Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita –
click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu
juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada
Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.
Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar
hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5
bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah
dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia
kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi
mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita
itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” ______________________________? ___ Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman
memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam
ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur
sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.
Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan
bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca
surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.”
Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar
mengikutinya. ______________________________? _____________ Lemah lutut Dato
Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke
masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak
tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun
Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui
Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah
tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa
yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk
kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati
dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang
kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu
pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam..."
Citer ini telah mmbuatkan aku dan roomate aku menangis.. Tika aku mengPost citer ini pun aku masih menangis lg.. Rse sedih tidak hilg lg.. Huhu.. Citer yg memberi keinsafan utk aku.. Actually esok aku nk final da.. Doakn utk aku yer.. Utk si dia pun sme.. Doakn sy berjya jwb final dgn cemerlg ye awk..
sedih gile cite ni..:'(
BalasPadamSiti aliah>> Aku ngis kot dengan roomate aku baca citer ni..
BalasPadam